Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Ciri-ciri dan Faedah Utama
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
- Pembiayaan sehingga 100%
- Harta kediaman sahaja
Kriteria Kelayakan
Peminjam/Pelanggan Yang Layak
- Warganegara Malaysia
- Pembeli rumah pertama
- Individu berumur sehingga 35 tahun
- Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
- Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
- Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.
Harta Yang Layak
- Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
- Nilai minimum hartanah RM100,000
- Nilai maksimum hartanah RM220,000
- Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
Keperluan Pembiayaan
- Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
- Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
- Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
- Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
- Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.
Senarai bank-bank terlibat yang boleh dihubungi untuk pertanyaan tentang Skim Rumah Pertamaku
Bank-bank yang terlibat
- Affin Bank Berhad
03-5522 3000
- Affin Islamic Bank Berhad
03-5522 3000 - Alliance Bank Malaysia Berhad
03-2612 9266 / 9267 - Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
03-2612 9266 / 9267
- AmBank Berhad
03-2178 8888
- AmIslamic Bank Berhad
03-2178 8888
- Bank Islam Malaysia Berhad
03-2690 0900
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
1 300 88 8787
- CIMB Bank Berhad
1 300 880 900
- CIMB Islamic Bank Berhad
1 300 880 900
- EON Bank Berhad
03-2616 1133
- EONCAP Islamic Bank Berhad
03-2616 1133
- Hong Leong Bank Berhad
1 800 38 8888
- Hong Leong Islamic Bank Berhad
1 800 38 8888
- Maybank Berhad
1 300 88 6688
- Maybank Islamic Bank Berhad
1 300 88 6688
- OCBC Bank Malaysia Berhad
1 300 88 5000
- OCBC Al Amin Berhad
1 300 88 0310
- Public Bank Berhad
1 800 22 9999
- Public Islamic Bank Berhad
1 800 22 9999
- RHB Bank Berhad
1 800 88 4663 - RHB Islamic Bank Berhad
Semenanjung Malaysia: 03-9206 8118
Sabah & Sarawak : 082-276118
- United Overseas Bank Malaysia Berhad
03-2612 8121
- Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
03-7711 8888
- Standard Chartered Saadiq Berhad
03-2117 7941
No comments:
Post a Comment