Monday, February 25, 2013

PROJEK PERUMAHAN RUMAH & BANGUNAN


TAFSIRAN PENTADBIRAN   

Sesuatu projek perumahan telah terhenti aktiviti-aktiviti kerja di tapak projek selama enam (6) bulan atau lebih secara berterusan dalam atau luar tempoh Surat Perjanjian Jual dan Beli (S&P) pertama; atau
   
Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat 1965 atau Undang-Undang yang berkaitan; atau

Projek perumahan yang dimajukan oleh syarikat pemaju perumahan telah digulung dan diletakkan dibawah Pegawai Penerima, Likuadator atau Jabatan Insovensi (JIM); atau

Pemaju memaklumkan bahawa tidak berupaya untuk meneruskan kerja secara bertulis kepada Pengawal Perumahan; dan

Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaras dengan Seksyen 11(1)(ca), Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).
   


PUNCA-PUNCA   


  • Antara punca projek perumahan terbengkalai ialah;
  • Masalah aliran kewangan syarikat pemaju;
  • Masalah pertikaian antara tuan tanah dan pemaju;
  • Kajian pasaran tidak dilaksanakan dengan terperinci;
  • Masalah teknikal tapak;
  • Masalah penempatan setinggan; dan
  • Masalah dalaman syarikat.

No comments:

Post a Comment